37 research outputs found

    Cabaran menjayakan penyusuan cetusan bagi pemahraman anak angkat dalam kalangan ibu angkat muslim di Lembah Klang

    Get PDF
    Islam menyarankan agar melaksanakan penyusuan ke atas anak angkat di mana ibu angkat boleh memahramkan anak angkatnya melalui penyusuan susu ibu sebelum anak berusia 2 tahun. Proses mencetuskan susu ibu bagi wanita yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan bayi disebut sebagai penyusuan cetusan dan ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi wanita atau isteri yang belum berjaya memperolehi zuriat hasil dari hubungan perkahwinan mereka kerana mereka ini tidak pernah hamil dan tidak pernah melahirkan anak. Mereka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan semasa menjalani proses penyusuan cetusan kerana proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada mereka sebelum ini. Justeru itu, kertas kerja ini akan menjelaskan cabaran-cabaran dan pengalaman yang dialami oleh ibu angkat sepanjang menjalani proses penyusuan cetusan untuk memahramkan anak angkatnya. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Kaedah temu bual semi struktur dijalankan ke atas enam orang ibu angkat muslim yang berjaya menyusukan anak angkat dan melengkapkan 5 kali penyusuan kenyang bagi mencapai mahram. Dapatan kajian menunjukkan beberapa bentuk cabaran telah dikenalpasti dan dikategorikan dalam 2 bentuk iaitu Cabaran Dalaman dan Cabaran Luaran. Cabaran dalaman diri dikategorikan kepada 6 komponen iaitu (1)Komitment, (2)Emosi, (3)Keraguan diri, (4) Kurang Ilmu, (5)Masalah fizikal dan (6)Kekangan kewangan. Manakala cabaran luaran telah dikategorikan kepada 4 komponen iaitu (1)Kesukaran akses khidmat nasihat yang betul, (2)Masalah tempat kerja, (3) Masalah anak, dan (4) Stigma Masyarakat. Kertas kerja ini diharap dapat memberikan panduan kepada ibu bapa angkat yang ingin menjalani proses penyusuan cetusan bagi tujuan mencapai mahram. Disamping dapat memberikan input kepada para masyarakat serta professional kesihatan dalam memberi sokongan dan motivasi kepada ibu angkat muslim yang ingin memahramkam anak angkat untuk memenuhi anjuran Islam bagi mewujudkan sebuah keluarga angkat susuan

    The Role Of Teachers In Embedding Islamic Values And Ethics In Education: A Literature Review

    Get PDF
    The purpose of this paper is to investigate the role of teachers in embedding Islamic values and ethics in education. The rationale of this study is by understanding how Islamic Education teachers should play their roles in embedding Islamic values and ethics, could perhaps contribute to better ways of students’ behavior development. In this regard, the study has focused on exploring how the roles of  Islamic Education teachers, and the challenges that affect the teachers in promoting Islamic values and ethics in education. The study used a library research design. The data were collected from research articles published in either international or national accredited journals. The research findings show although the elements of Islamic values and ethics seem to be discussed in Islamic Education, students show low Islamic values and ethics in their behavior. The study recommends several approaches to improve the teaching of Islamic values and ethics in schools which include training for teachers to improve the methodology of teaching and providing teaching and learning facilities. It is also suggested that an open discussion is conducted between parents, teachers, students, policymakers, and religious leaders to develop a guideline on what should be included in the syllabus and how to cultivate Islamic values and ethics in education effectively.   Keywords: Role Of Teacher, Islamic Values, Ethic

    Integrasi Perkembangan Sains, Hukum, Teknologi dan Ekonomi di Dunia Islam

    Get PDF
    Warisan peradaban yang hadir oleh dunia Islam, memberikan sumbangan yang cukup besar bagi kepentingan peradaban dunia scara umum. Kejayaan Islam mengembangkan sains, hukum, seni, teknologi dan ekonomi di dunia Islam sehingga warisan peradaban dapat diwarisi sehingga kini perlu dikaji dengan lebih mendalam. Perutusan dari Allah SWT ini mencambahkan pelbagai kemajuan dalam sistem peradaban manusia dimana manusia dapat hidup dengan lebih bersistem dan bertamadun. Kertas kerja ini membincangkan tentang perkembangan sains, teknlogi, hukum dan ekonomi di dunia Islam

    Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam

    Get PDF
    Dalam meniti arus moden yang serba canggih dengan pelbagai teknologi ini, masyarakat millennium terutama sekali golongan generasi ‘Y’ masa kini semakin ketagih atau berlumba-lumba dalam mengejar kemewahan duniawi sehingga membuatkan mereka lalai terhadap kehidupan masyarakat sekeliling. Kertas kerja ini membincangkan tentang kemajuan media sosial masa kini yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Islam khususnya yang mana boleh membuat mereka lalai dengan kegiatan duniawi sehingga melupakan urusan akhirat. Hal ini kerana media sosial adalah media yang berkesan untuk digunakan sebagai media berkomunikasi yang betul secara atas talian dan memudahkan pengguna untuk berkongsi, mencipta rangkaian sosial, forum dan menyalurkan berita penting dengan mudah. Namun begitu, sekiranya mereka menggunakannya secara negatif maka ini akan menjejaskan akidah dan akhlak seorang Muslim. Media sosial menjadi pilihan abad ini oleh masyarakat berbanding dengan media lain seperti televisyen dan surat khabar kerana melalui medium ini maklumat melalui internet dapat disalurkan dengan cepat dan pantas. Hal ini sekali gus dapat melahirkan minda masyarakat yang kreatif dan kritis

    Media Sosial dan Pelajar Universiti Menurut Islam

    Get PDF
    Pada zaman modenisasi ini, media sosial bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan pelajar universiti. Penggunaan media sosial memberikan impak dalam kehidupan seorang pelajar universiti. Kesan tersebut boleh menjadi positif atau negatif mengikut kekerapan pelajar menggunakan media sosial kepunyaan mereka. Setiap dari kesan positif dan negatif ini juga adalah berpunca dari pelbagai faktor. Kertas kerja ini akan membincangkan kesan serta punca penggunaan media sosial kepada pelajar unviersiti tidak kira dari sisi yang baik mahupun sebaliknya. Tidak lupa juga langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang berbnagkit menegnai isu penggunaan media sosial ini

    Kewujudan Sains dan Teknologi di Andalusia

    Get PDF
    Kertas kerja ini membincangkan tentang kecemerlangan dan kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Perbincangan meliputi pelbagai bidang yang dikuasai oleh cendekiawan Muslim. Pencapaian cendekiawan Muslim merupakan suatu pencapaian yang membanggakan dan merupakan pelopor kepada inovasi teknologi masa kini

    Kemajuan Islam dan Hubungannya dengan Penemuan Sains

    Get PDF
    Agama Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap, mempunyai aturan kehidupan yang sangat sempurna dan merangkumi pelbagai skop kehidupan sama ada dari segi taraf kehidupan, sosial, politik dan sebagainya. Semua umat Islam perlu menyahut seruan dalam kemajuan dan pembangunan terhadap sains bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan dalam negara. Sains memainkan peranan utama untuk mencipta teknologi bagi kemajuan negara dan menjadi antara salah satu teras kepada pembentukan tamadun manusia. Kertas kerja ini membincangkan tentang kemajuan Islam dan hubungannya dengan penemuan sains

    Tamadun China: penerimaan dan sumbangan kepada sains Islam

    Get PDF
    Tamadun China mempunyai kesan sejarah yang tersendiri kerana ilmu dan hasildari penyelidikan serta penciptaan yang menakjubkan. Agama, fahaman serta kepercayaan merupakan antara aspek penting dalam masyarakat China kerana mereka mengganut pelbagai aliran agama yang berkait rapat dengan tradisi dan adat. Masyarakat China mempunyai fahaman yang berbeza dengan berpandukan ahli falsafah mereka yang wujud pada waktu itu. Pengaruh tamadun China turut menyumbang kepada perkembangan keagungan sains Islam yang masih diguna pakai sehingga kini. Artikel ini membincangkan tentang beberapa penerimaan dan sumbangan besar tamadun China dalam sains Islam. Kata kunci: Tamadun China, Sain

    Tamadun China: Penerimaan dan Sumbangan Kepada Sains Islam

    Get PDF
    Tamadun China mempunyai kesan sejarah yang tersendiri kerana ilmu dan hasildari penyelidikan serta penciptaan yang menakjubkan. Agama, fahaman serta kepercayaan merupakan antara aspek penting dalam masyarakat China kerana mereka mengganut pelbagai aliran agama yang berkait rapat dengan tradisi dan adat. Masyarakat China mempunyai fahaman yang berbeza dengan berpandukan ahli falsafah mereka yang wujud pada waktu itu. Pengaruh tamadun China turut menyumbang kepada perkembangan keagungan sains Islam yang masih diguna pakai sehingga kini. Artikel ini membincangkan tentang beberapa penerimaan dan sumbangan besar tamadun China dalam sains Islam

    The effects of Islamic education teachers' readiness in teaching sexual health elements

    Get PDF
    Teachers’ readiness in teaching is crucial in producing and creating effective teaching methods, especially towards the mastery, practices among secondary school teachers. Therefore, this paper discusses a study of the Malaysian teachers’ readiness in teaching the sex education elements based on four aspects which are personality, knowledge, skills and attitudes. A set of questionnaire was used as the research instrument to evaluate the level of the teachers’ readiness who were respondents of this study. The data was analyzed using the IBM SPSS Statistic (Predictive Analytic Software) version 23 in a descriptive manner using the frequency of mean, percentage and standard deviation. The result of the descriptive analysis showed that the level of the respondents readiness was intermediate (mean=4.70; sd=0.74). and their level of readiness in teaching sexual education elements was at a high level. The inference analysis utilized the t-test and the One-way Analysis of Variance (ANOVA). The t-test and ANOVA were utilized to identify the significant differences upon the respondents’ level of readiness based on school’s location, gender, academic qualification and teaching experience
    corecore